Friday, July 29, 2011

susu + soya + kurma = marvellous

Dah masuk hari keempat saya try resipi ini (thanks kak salmah kobis). Setiap pagi saya amalkan minum segelas susu bersama beberapa biji kurma dan pada sebelah malamnya susu soya dengan beberapa biji kurma lagi. Hasilnya amat memberangsangkan.

Selain dari memberi tenaga, kurma turut membantu dalam penghasilan susu ibu. Kalau dulu Cik B tidak berapa penuh tapi sekarang bila cukup 3 jam, terasa Cik B penuh sangat-sangat. Seronok bila bagi Cik B pada anak. Aktiviti pam juga bertambah-tambah meriah. Stok semakin bertambah. Wow..bagusnya penangan susu + soya + kurma. Memang marvellous.

Di sini saya senaraikan keistimewaan kurma...

Zat Galian dalam Kurma
  • hidrat arang
  • serat
  • kalsium
  • potassium
  • zat besi


Khasiat Kurma

1.  Sumber utama vitamin C. Kandungan tenaga (kalori) rendah membuatkan lemak yang dikandungnya juga rendah.

2. Kalium. Zat penting bagi metabolisme tubuh (jantung dan pembuluh darah). Ia berperanan menjadikan jantung dan pembuluh darah berfungsi dengan baik. Mengaktifkan kontraksi otot dan bantu atur tekanan darah.

3. Zat besi. Sesuai bagi wanita yang sedang haid dan yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah).

4. Potassium. Mengatasi perubahan kadar gula dalam badan semasa berpuasa.

5.  Mengatasi kesukaran membuang air besar.

6. Gabungan zat besi dan hidrat arang baik untuk pesakit anemia dan keletihan.

7. Boleh menghaluskan kulit, menambah kesihatan sistem pencernaan dan memberi tenaga kepada wanita mengandung (membantu perkembangan otak bayi).

8. Tidak mengandungi kolestrol. Boleh makan bila-bila masa.


 9.  Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang. Makan kurma dan minum air segelas terus sembahyang maghrib. Selepas itu baru makan. Jadi kita akan makan sedikit sahaja kerana kenyang (kurma). Sesuai untuk diet.

p/s : jangan makan kurma pahtu terus makan yang berat-berat. Memanglah tak jalan. Kurma tu tak sempat menjalankan prosesnya lagi. Rehat la kejap. Pergi sembahyang maghrib dulu, 3 rakaat sahaja.

10. Potassium. Merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (afrodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk cegah breast cancer dan kanser rahim.

11. Diberi kepada bayi. Mengurangkan kesakitan dan kadar dengupan jantung.

12. Memudahkan proses bersalin dan sembuhkan rahim dengan cepat.

0 comments:

Post a Comment