Friday, August 19, 2011

Rezeki Nur Ainul Mardhiah

10 Ogos 2011, aku telah tersenarai sebagai salah seorang pemenang peraduan dunia susu ibu 2011.  Di bawah ini adalah hadiah yang telah berjaya aku menangi. Alhamdulillah. Ada juga rezeki Ainu.



Seronok sangat rasanya dapat storage bottle ni. Memang sebelum ini aku ada berkira-kira hendak menambah stok botol susu ku. Akhirnya tercapai juga hasratku ini.





JADUAL EBM NUR AINU MARDHIAH 2011




Jadual EBM yang telah dikemaskini sehingga tarikh 19 Ogos 2011. Harap-harap semoga bekalan EBM anakku mencukupi sehingga Ainu berusia 2 tahun. Aminnn....



Monday, August 15, 2011

Akhirnya.. deep freezer





 Alhamdulillah, akhirnya deep freezer berjaya ku beli pada 13 Ogos 2011 (Sabtu) yang lalu. Kebetulan pada masa itu telah di umumkan kakitangan kerajaan akan diberi bonus setengah bulan gaji. Itu pun beli setelah mensurvey beberapa buah kedai bertanya harga dan jenama mana yang ok.


Aku beli jenama MECK sahaja. Jenama lain mahal. Lagipun MECK ni tahan lasak. Jarang rosak kata tokey kedai berbanding jenama biasa yang lain. Yang ini saiz paling kecik.

 Kalau tidak kerana ruang penyimpanan stok EBM yang dah penuh, sampai sekarang harapan membeli deep freezer masih jauh lagi. Minggu tu kalau tak beli deep freezer, tak tau lah nak letak mana stok EBM ku.. Mungkin letak rumah pengasuh anakku kot.

 Stok bulan Ogos 2011 sahaja masih tersimpan di dalam bahagian beku. Tunggu sampai hujung bulan Ogos, baru pindah ke dalam deep freezer.

 Ada la sikit ruang bernafas dalam bahagian beku ku. Bolehlah beli ayam dan ikan lebih sikit. Kalau tak, cuma muat 2 bekas ikan dan ayam sahaja kat bawah tu.




Stok bulan Jun dan Julai 2011 ku simpan di dalam deep freezer. Tak susun elok lagi. Nak cari kotak dan susun elok-elok.  Mudah nanti bila nak guna. Kena lebih gigih lah lepas ni menyimpan EBM. Deep freezer dah ada, takkan nak biar gini jer kan.



Wednesday, August 3, 2011

Roti Canai Mama Noris

3/8/2011 : Inilah roti canai pertama hasil buatan tanganku. Demi anak sulungku, Hazqil. Kesian Hazqil. Dahlah tak makan nasi. Kedai roti canai pulak tutup sempena bulan Ramadhan ini. Untuk pengetahuan semua, roti canai dan mee goreng adalah makanan utama Hazqil. Nasi langsung tak masuk dalam senarai menunya.


            Jadi aku terpaksa membuat homemade roti canai untuk Hazqil. Dapatlah 16 keping semalam.. Ku goreng beberapa keping. Selebihnya ku masak separuh masak dan di simpan di dalam peti ais (senang, panaskan jer bila-bila Hazqil hendak).
            Biasalah bila namanya first time. Mesti ada kurangnya. Roti yang ku buat agak kecik dan tepungnya lembik sikit (terlebih air). Takpe, next time akan ditambahbaikkan lagi.


            Inilah resipi first yang saya try. Nanti nak try resepi second pulak. Nak compare yang mana ok. Pahni tak payahlah papa dia penat-penat ke kedai setiap hari untuk beli roti canai.

ROTI CANAI 1ST

550 gm tepung gandum
250ml air
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh marjerin

** 1-2 sudu besar tepung gandum (sebagai tambahan kalau tepung terlalu lembik)

Cara
  1. Gaul semua bahan dan uli 5 minit
  2. Rehatkan doh selama 10 minit
  3. Ulang langkah 1 dan 2 selama 3 kali
  4. Buat doh kecik-kecik. Kepal dan golekkan di atas tapak tangan. Jangan lupa salut doh dengan marjerin.
  5. Perap tidak kurang dari 3 jam.
  6. Tebar  dan masak dalam kuali. Kalau tak reti tebar, just nipiskan doh di atas dulang dan lipat 4 segi
  7. Nikmati roti canai anda.


ROTI CANAI 2nd

3 cawan tepung
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

** Tambahan marjerin untuk proses menyalut dan menggoreng.

Cara:
  1. Gaul semua 6 bahan tadi.
  2. Uli sebati sehingga doh kenyal.
  3. Tutup dengan kain lembap selama 30 minit.
  4. Bahagi 10 bahagian doh.
  5. Kepal dan golek atas tapak tangan (jadikan macam bola)
  6. Salut dengan marjerin
  7. Biar 2jam
  8. Tebar dan masak.
  9. Sedia untuk di makan.



Tuesday, August 2, 2011

Puasa dan Demam

       
            Ramadhan 2011 ku sambut dengan sederhana. 1 Ramadhan, aku telah mengalami batuk2 dan demam.  Hampir aku mendapat lelah hari itu. Namun ku gagahkan diri ini berpuasa. Tidak cukup dengan itu, df anakku juga tidak ku abaikan. Dalam keadaan yang lemah longlai itu juga aku berjaya menyimpan EBM sebanyak 15 oz pada hari pertama puasa.

       Hari kedua berpuasa ini batukku sudah berkurangan. Ku harap esok akan lebih baik lagi. InsyaAllah... Aminnnn...

LAWATAN KE PSS SK JANGLAU

Hari ni ada dua orang cikgu dari Sekolah Menengah Selendang, Kuala Rompin, Pahang telah datang ke sekolah. Pn Fida dan Cik Sarah untuk belajar serba sedikit tentang pengkelasan buku.


Seawal 8.00 pagi mereka telah hadir. Noris telah memberikan penerangan serba sedikit tentang pengurusan pss (pusat sumber sekolah) kepada mereka. Alhamdulillah, akhirnya ilmu yang ada telah dikongsi bersama.

Daripada proses penerimaan buku, merekod, cop buku, pengkelasan, sistem fail dan sebagainya Noris terangkan serba sedikit. Yelah nak terang lebih lanjut lagi, kita bukannya mahir sangat. Harap-harap mereka faham dan  mampu menguruskan pss mereka sebaiknya. Semoga pss SMK Selendang berjaya mendapat anugerah 5 bintang satu hari nanti.




U-PUSTAKA

       1. Adalah sebuah perpustakaan online.
  2. Boleh mengaksesnya di laman web http://www.u-pustaka.gov.my/
  3. Ahli konsortium:
    • Perpustakaan Negara Malaysia
    • Perpustakaan INTAN Bukit Kiara
    • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS)
    • Perbadanan Pepustakaan Awam Pahang (PPAP)
    • Perpustakaan negeri Sabah (PNS)
    • Perpustakaan negeri Sarawak (PUSTAKA)
    • Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
    • Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL)
        PENDAFTARAN
1. Keahlian adalah percuma
2. Terdapat 3 kategori

·         Kanak-kanak (1 hari – 12 tahun)
·         Remaja (13 tahun-17 tahun)
·         Dewasa (18 tahun ke atas)

3. Perlu ada alamat emel sendiri apabila mendaftar. Bagi kanak-kanak dan remaja nombor kad pengenalan ibu bapa diperlukan.

Sila isi BORANG PENDAFTARAN

·         Pilih menu perkhidmatan dan pilih daftar ahli.

                       ATAU

·         Klik Daftarlah sekarang



Boleh pilih sebagai AHLI U-PUSTAKA (warganegara Malaysia sahaja dan boleh pinjam buku) atau AHLI DALAM TALIAN (terbuka kepada semua dan tidak dibenarkan meminjam buku)

PINJAMAN BUKU

  1. Perlu buat Carian Katalog
    1.  Daftar masuk akaun pengguna
    2. Guna menu carian  katalog
  2. Masukkan buku yang hendak di cari dengan pilihan seperti:
    1. judul atau
    2. pengarang atau
    3. perkara atau
    4. penerbit atau
    5. ISBN atau
    6. ISSN atau
    7. Tahun atau
    8. Semua

  1. Tekan butang CARI
  2. Pilih buku
  3. Pastikan sama ada buku tersebut boleh di pinjam atau tidak
  4. Buat pengesahan ketersediaan buku
  5. Sahkan tempahan, pilih kaedah dan caj penghantaran.
  6. Buat pembayaran (caj penghantaran)
  7. Buku akan di proses dan di hantar.

JUMLAH BUKU YANG BOLEH DI PINJAM

       1. Maksimum 3 buah buku selama 30 hari.

        2. Pinjaman buku boleh di lanjutkan dengan syarat:

·         Dibenarkan sekali sahaja untuk melanjutkan pinjaman buku.
·         Bahan yang di pinjam tidak melewati tarikh pulang
·         Tiada sebarang tempahan di buat ke atas buku itu tadi.
·         Semua denda sudah dilunaskan (jika ada).



LEWAT PULANG BUKU

  • RM1.00 pada hari pertama lewat.
  • Tambahan RM0.10 pada hari berikutnya (maksimum RM20.00).

BUKU HILANG

Kos Asal Buku + Kos Pemprosesan (RM20.00) + denda lewat pulang buku = BUKU HILANG.

CAJ PENGHANTARAN

  1. Menggunakan Pos Malaysia
·         Parcel  (di dalam Malaysia sahaja)

Parcel

Caj (RM)
Dalam Semenanjung
Dalam Malaysia Timur
Di antara Semenanjuang dan Malaysia Timur
Parcel sehala
4
4
11
Parcel Dua Hala
7
7
19





·         Kurier
o        Penghantaran pada hari yang sama (SDD)
§         Beroperasi di kawasan tertentu di Lembah Klang (pinjaman sebelum  10 pagi)
§        
Berat buku

Caj (RM)
Domestik
Tambahan
Keseluruhan
<500gm
4.50
7.50
12.00
500-750gm
5.50
7.50
13.00
750gm-1kg
6.50
7.50
14.00


o        Penghantaran pada keesokan hari (NDD)
§         Serahan pada hari berikutnya di seluruh kawasan pos laju.
§         Tambahan sehari atau dua hari diperlukan di kawasan luar serahan pos laju.

PEMBAYARAN

  1. Pembayaran online
·         (Maybank2u dan CIMB Clicks)
·         Quick2Go (kad Quisk2Go dengan alat card reader)

  1. Pembayaran elektronik (di stesen kaunter dan kiosk)
·         MEPS e-Debit (kad bank – kad debit)
·         Kad Touch n Go


PEMULANGAN BUKU

  1. Kaunter perpustakaan consortium atau
  2. Melalui pos atau
  3. Gelongsor buku di :
    1. Perpustakaan consortium
    2. KL Sentral
    3. Masjid Putra, Putrajaya
    4. Jusco AU2, Setiawangsa
    5. Perpustakaan awam cawangan Jelebu
    6. Perpustakaan daerah Hulu Langat di Bangi
    7. Perpustakaan cawangan Miri