Wednesday, August 3, 2011

Roti Canai Mama Noris

3/8/2011 : Inilah roti canai pertama hasil buatan tanganku. Demi anak sulungku, Hazqil. Kesian Hazqil. Dahlah tak makan nasi. Kedai roti canai pulak tutup sempena bulan Ramadhan ini. Untuk pengetahuan semua, roti canai dan mee goreng adalah makanan utama Hazqil. Nasi langsung tak masuk dalam senarai menunya.


            Jadi aku terpaksa membuat homemade roti canai untuk Hazqil. Dapatlah 16 keping semalam.. Ku goreng beberapa keping. Selebihnya ku masak separuh masak dan di simpan di dalam peti ais (senang, panaskan jer bila-bila Hazqil hendak).
            Biasalah bila namanya first time. Mesti ada kurangnya. Roti yang ku buat agak kecik dan tepungnya lembik sikit (terlebih air). Takpe, next time akan ditambahbaikkan lagi.


            Inilah resipi first yang saya try. Nanti nak try resepi second pulak. Nak compare yang mana ok. Pahni tak payahlah papa dia penat-penat ke kedai setiap hari untuk beli roti canai.

ROTI CANAI 1ST

550 gm tepung gandum
250ml air
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh marjerin

** 1-2 sudu besar tepung gandum (sebagai tambahan kalau tepung terlalu lembik)

Cara
  1. Gaul semua bahan dan uli 5 minit
  2. Rehatkan doh selama 10 minit
  3. Ulang langkah 1 dan 2 selama 3 kali
  4. Buat doh kecik-kecik. Kepal dan golekkan di atas tapak tangan. Jangan lupa salut doh dengan marjerin.
  5. Perap tidak kurang dari 3 jam.
  6. Tebar  dan masak dalam kuali. Kalau tak reti tebar, just nipiskan doh di atas dulang dan lipat 4 segi
  7. Nikmati roti canai anda.


ROTI CANAI 2nd

3 cawan tepung
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak

** Tambahan marjerin untuk proses menyalut dan menggoreng.

Cara:
  1. Gaul semua 6 bahan tadi.
  2. Uli sebati sehingga doh kenyal.
  3. Tutup dengan kain lembap selama 30 minit.
  4. Bahagi 10 bahagian doh.
  5. Kepal dan golek atas tapak tangan (jadikan macam bola)
  6. Salut dengan marjerin
  7. Biar 2jam
  8. Tebar dan masak.
  9. Sedia untuk di makan.



0 comments:

Post a Comment